CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 17, 2010

dia yang menghadapi musibah memerlukan bantuan kita semua





entri sebenar boleh lihat di sini



Sahabatku, Ini Kisahku.. Sudikah Kiranya Jika Kalian Membantu?




Siapa Ana
Bayu dingin tetap lagi terasa di saat pertukaran musim di Bangalore kian berakhir.From winter to summer. 5Februari 2010, lebih kurang 4 bulan sudah ana di negara yang terkenal dgn filem “Bollywood” ini. Ismi, Tuan Mohd Amirul Hasbi bin Tuan Pail, asal dari Terengganu Malaysia. Kini bermastautin, dan menuntut selama 5 tahun dalam bidang perubatan di GEF-MSU-International Medical School (IMS), India dalam tahun pertama.
And this is the story about myself in India.
India
Challenging.
Banyak perkara di India yang mengajar ana erti hidup sebenar. I think no one will ever decide to come here after knowing about the reality. Penduduknya tidaklah semesra orang-orang di Malaysia. Penipuan, penindasan, rasuah sudah mnjadi perkara biasa di sini and we have to learn how to live in this kind of situation; among this kind of people. Syukur sungguh padaMu, Allah.
Traffic.
Astaghfirullahal’azhim. Teruk. Kadangkala ana sendiri tak faham kenapa pemandu di sini suka membunyikan hon tanpa alasan, sedangkan; if they obey the rule, simple!Jalan dua lane, mereka jadikan sehingga lima ke enam lane. Di sini juga, pejalan kaki yang mengawal dan menguasai jalan, not the traffic. Tetapi inilah budaya mereka. Biarkan saja. Hendak mengubah tabiat dan budaya yang sudah berdarah daging memang sesuatu yang amat mustahil. Jadi, untuk kemudahan dan keselesaan, diri kita yang harus pandai menyesuaikan diri, insya Allah.
For easy transportation, ana beli sebuah motosikal, regardless of the chaotic traffic,beranggapan; yes, I can get used to it. Lagipun, India is one of the commonwealth countries, jadi sudah semestinya lesen Malaysia juga boleh digunapakai di sini. Senior ana kebanyakannya menggunakan lesen dari Malaysia untuk menunggang motosikal di sini. So, dengan pegangan tersebut, ana telah berkongsi duit dengan teman sebilik untuk membeli sebuah motosikal yang lengkap dengan insurans.

Di Sini Permulaannya.
4.30 petang, 5 Februari 2010- Tarikh dan waktu yang tidak mungkin terlupakan dalam hidup ana.
Tutorial class for Anatomy ended. Ana dan tiga lagi sahabat, Syafeez, Shahruznaim dan Syafiq bercadang nak ke pasar Yeshwantphur. Malam nanti, akhi Shah, batchmate kami, telah berjanji untuk memasak makanan yang istimewa; katanya masakan Malaysia. Kami yang sudah empat bulan hanya mengisi perut dengan makanan tempatan, ditambah pula Akhi Shah itu seorang pakar masak yang hebat, semua orang apa lagi- sangatlah gembira dan teruja dan sanggup untuk keluar meredah orang yang selalu ramai ke pasar. Tugas kami hanyalah membeli dua ekor ayam dan sedikit sayuran. Dan selebihnya Akhi Shah yang akan selesaikan.
Kami ke Yeshwantphur dengan menunggang dua buah motosikal. Ana menunggang motosikal Syafiq dan pemboncengnya adalah teman sebilik ana. Manakala Shafeez pula membonceng Shahruznaim. Seperti yang dijangka, lalulintas pada petang itu sibuk seperti petang-petang yang sebelumnya, dengan kerenah pengguna jalan raya yang pelbagai, dan lebih sesak lagi kerana kebetulan pada waktu itu adalah waktu orang baru pulang dari kerja.
Hon kenderaan sahut-menyahut dan menghasilkan nada sumbang yang sungguh membingitkan telinga. Dengan kedudukan jarak antara kolej dan pasar yang hanya empat kilometer, masa yang diperlukan untuk tiba ke pasar hanyalah lima minit sekiranya semua orang mematuhi peraturan dan keadaan trafik yang tidak sesak. Namun disebabkan masalah itu, masa yang diambil untuk ke destinasi menjadi lebih panjang daripada yang sepatutnya.
Akhirnya, ayam sudah dibeli, sayur juga sudah berada di dalam plastik yang dibimbit. Jam menunjukkan tepat 5.15 petang. Sudah 10 minit berlalu selepas azan Asar berkumandang. Kami mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah memandangkan waktu asar di Bangalore sangat singkat iaitu hanya selama 1 jam lebih sahaja. Di dalam fikiran masing-masing juga sudah terbayang keenakan hidangan makan malam kami nanti. Masing-masing meneguk liur.
Dalam perjalanan pulang, kami menunggang dengan santai dan tenang. Empat bulan di sini, telinga kami sudah lali dengan bunyi-bunyian bingit di atas jalan raya. Dan bunyi tersebut memang tidak akan ada noktahnya selagi pengguna jalan raya atau jalan-jalan kecil di India masih kekal dengan sikap mereka sekarang. Masakan tidak, frasa “Please Ok Honk” sudah sedia terpampang pada setiap kenderaan di Bangalore ini. Tanda isyarat seperti penggunaan brek dan signal kereta serta motosikal seolah-olah tidak pernah berfungsi. Mereka lebih senang menggantikan segala tanda isyarat tersebut dengan pekikan hon yang pelbagai rentak dan nada.
Malahan, ketika mahu reverse kereta, isyarat reverse yang keluar dari kereta tersebut adalah alunan lagu hindustan. Wah! Memang sebuah negara yang sangat menghargai seni! Sesuatu yang tidak pernah ada di Malaysia.

Musibah
Ya, ketika inilah kami semua, terutamanya ana; di uji, dan teruji.
Ketika itu, kami sedang menuju ke satu simpang untuk masuk ke jalan utama Mathikere daripada jalan ke Yeshwantphur. Ditakdirkan Allah, trafik pada waktu itu sedikit lapang dan kami boleh menunggang motosikal dalam 40-50 km/j; normally in a heavy traffic, we couldn’t even reach that speed. Motosikal kami ditunggang terus menuju ke rumah. Motosikal ana sedikit ke depan daripada motosikal yang ditunggang Shafeez jadi ana yang lead the way at that particular time.
“5 minit lagi sampai rumah, solat dan terus ke rumah akhi Shah untuk hantar bahan mentah tadi. Settle!” ana mengatur plan.
Benarlah, kita sebagai manusia hanya mampu merancang, sesungguhnya kuasa dan ketentuan semuanya terletak dalam perencanaan Allah. Dialah yang menentukan apa yang terbaik bagi setiap hambaNya. Walaupun serapi manapun perancangan yang telah disusun, semudah itu jugalah Allah boleh menterbalikkannya.
Sejurus selepas rancangan kemas di atur dalam kepala ana ,dengan izin Allah yang Maha Kuasa, musibah menimpa. Di hadapan ana, terdapat satu simpang tiga. Ramai penduduk tempatan yang melintas pada waktu itu kerana kenderaan yang lalu lalang tidak terlalu banyak. And I had perfectly aware of them crossing the road. As we were approaching in a speed; 40-50km/h dan kemudian kami memperlahankan kelajuan, mereka berhenti melintas; giving us way. Melihatkan situasi tersebut, lantas brek tangan ana lepaskan dan sejurus itulah, seorang nenek came from nowhere; melintas.
Dan ditakdirkan Allah, ana tidak dapat mengawal motosikal dan terlanggar nenek tersebut. My bike hit that nenek at her back. Kejadian tersebut berlaku dalam sekelip mata sahaja, giving me no time to at least do something to avoid the accident; sama ada untuk mengelak atau menekan brek kecemasan.
Segalanya terjadi dengan sangat pantas. Guess I was in a wrong time and at a wrong place at that time.
“Ya Allah, aku tak solat asar lagi.” That thought appeared straight away dalam kepala ana. Mungkin disebabkan itu, I met the accident. Melambat-lambatkan solat. Ya Allah.
Rebah. Motosikal bergesel dengan jalan tar. Syukur Alhamdulillah, ana dan Syafiq tidak mengalami kecederaan yang serius, hanyalah luka kecil di buku lali kaki kiri dan Syafiq, tiada kecederaan langsung. Sejurus rebah, mata ana terus liar mencari nenek tadi.
Ana sangkakan, that was only a small accident since langgar tu pun bak kata orang;just a small contact with her. Pada masa itu, I thought everything is okay dan nenek itu hanya mengalami luka-luka kecil since it was just a slight hit. Range of speed: 35-45km/h.
Geram! Sebelum mengetahui keadaan nenek tadi, perasaan geram menjelma. Sedikit marah dengan nenek tersebut; lintas tak pandang kiri kanan. Anggapan ana waktu tu, she was okay without any serious injury. Tetapi, ketentuan Allah menguji ana. Anggapan ana meleset. Anak mata tertumpu kepada satu jasad nenek tua terbaring di tengah jalan.
Geram dan marah bertukar menjadi takut, dan resah.

Keadaan Nenek
Sekelip mata, kami menjadi tumpuan. Sekumpulan locals mengerumuni nenek tadi. 2 orang locals memegang lengan ana sambil meminta ana memberikan kunci motosikal kepadanya. Motosikal ana diangkat dan dibawa ke tepi jalan. Peluh takut mula keluar di dahi. Astaghfirullah. She was so weak. She had a hematoma at the back of her head.
“Epidural hematoma.” Term yang baru dibincangkan dalam tutorial anatomy tadi datang menjelma. Syafiq saw the accident. Katanya, even the hit was slowsince nenek tu agak gempal orangnya, she spinned and lost her balance, dan dia jatuh ke belakang. Takdir Allah. That was how she got the hematoma. Ya Allah, darah pekat mengalir dari kepalanya. Kaku seketika. Tanpa berlengah, ana ditemani Shahruznaim berserta a few localsbergegas membawa nenek tadi ke MS Ramaiah Memorial Hospital.

Di Hospital
Nenek itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selama 4 hari. Keadaannya sangat tenat, banyak fungsi-fungsi badan berada di tahap lemah, respiratory rate and pulse count berada pada tahap dibawah normal reading dan doktor memberi kenyataan bahawa peluang untuk hidup adalah sangat tipis.
We'll do our best.” Hanya sebaris ayat, sebelum doktor tersebut kembali ke bilik ICU.
Ana Terdiam. Kaku. Bisu. Ya Allah. Ana hanya mampu meneguk air liur ketika mendengar kata-kata tersebut. Sahabat ana, Shafeez, memaklumkan kejadian ini kepada presiden batch kami, akhi Adli yang kemudiannya memberitahu Mr Chuda (bukan nama sebenar), Pegawai di IMS. Beliau dipertanggungjawabkan oleh pihak universiti untuk menjaga hal ehwal pelajar. Beliau tiba di Emergency Unit pada pukul 6.15 petang. Seriously, he is a very calm man. Arrived with a smile. Sangat berbeza dengan riak wajah ana waktu itu.
Dengan sebuah senyuman, beliau menenangkan ana dan memberitahu bahawa keadaan semuanya baik. Tetapi keadaan pada masa itu lebih jujur memberitahu bahawa keadaan yang sebenar adalah sebaliknya. Sikap positif Mr Chuda tidak dapat mengubat resah ana. Lebih-lebih lagi pula, tanggungjawab pada Allah masih belum ditunaikan. Ana masih belum solat asar. Nenek itu juga masih lagi berada di dalam ICU untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Dada menjadi sempit seakan-akan salur pernafasan sudah semakin mengecil diameternya. Resah. Gelisah. Takut. Semua menghimpit.

Keluarga dan Polis
Sebaik sahaja menunaikan solat Asar, ana dan sahabat kembali ke ICU. Polis dan keluarga mangsa juga sudah berada di sana. Mereka kelihatan seperti berbincang sesuatu dengan Mr Chuda. Andaian demi andaian yang tidak enak saling menyergah kepala. Semuanya mengarut dan menakutkan. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ana ketika itu. Suami nenek tersebut duduk bersandar di atas satu kerusi tersebut. Ana beranikan diri dan menegurnya. Mr Parda (bukan nama sebenar).
“I’ve told her not to go out alone. It’s dangerous since she has diabetes and hypertension but she won't listen. Now look at what has happened,” kata Mr Parda. Ada nada sayu dan kesal dalam suaranya. Bergaul dengan perasaan resah ana yang masih belum surut. Nenek tersebut bernama Mrs Patyu (bukan nama sebenar), 63.Mereka beragama Hindu. Mr Chuda memanggil ana. Tersentak.
He told me that victim's family wanted to sue me. Charge: driving without a valid license. Ana bingung. Dan sampai sekarang ana masih lagi bingung whether the Malaysian license is valid at another Commomealth country or notThe summon has been issuedBeliau juga memberitahu ana; sekiranya ana tanggung kos rawatan nenek itu, semuanya akan selesai.
“Just pray for her not to die, and everything will be easy,” he said.
Ajal maut semuanya ketentuan Allah. Kami doakan yang terbaik buat nenek tersebut.And then, he emphasized;kos rawatan di hospital tersebut( MS Ramaiah Memorial Hospital) sangat tinggi. One night stay at ICU will be10,000 rupees tidak termasuk MRI + CT Scan + External Medicine.
Allah! Ana semakin takut. Maghrib telah masuk, kami terus bersolat diikuti dengan solat hajat, memohon ampun dan memohon petunjuk daripada Illahi moga dipermudahkan segala urusan. Semoga umur nenek tersebut masih ada. Mr Chuda menyuruh kami pulang dahulu dan biar dia saja yang tinggal. He asked me to stay away from the public for the time being.
“This is India, always be careful. If locals ask you anything, just say ‘I know nothing’ or otherwise call me.' Pesannya bersungguh. Memandangkan maklumat diri ana sudah ada dalam rekod polis, Mr Chuda nasihatkan ana supaya keluar dari rumah sewa ana sekarang dan tinggal sementara di rumah kawan-kawan.
Selepas Empat Hari.
Dalam kelas, Astaghfirullah, ana betul-betul hilang konsentrasi. Fikiran dan fokus ana hanyalah kepada nenek tersebut, berfikir tentang keadaan kesihatannya. Setiap hari, setiap masa.
Day 4 after the accident, kelas berjalan seperti biasa dan seperti biasa juga, tiada konsentrasi. Pagi itu akhi Adli datang bertemu ana. Riak wajahnya sudah cukup menunjukkan bahawa apa yang bakal disampaikan bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Dengan takdir Allah, nenek tersebut meninggal dunia. Ana mengucap panjang. Timbul perasaan yang kurang senang dalam diri dengan tiba-tiba sahaja. Lutut ana lemah. Terduduk. Akhi Adli, seperti juga Mr Chuda cuba memberi keyakinan, bahawa semuanya akan baik. Tetapi ana tahu, perkara ini sudah semakin teruk dan silap haribulan, I will be behind the bars! Jantung ana kencang berdegup. Na'udzubillah. Allahumma yasir, wala tu'asir. Hati tidak putus-putus berdoa.
Sejurus selepas itu, Prof. Sutara (bukan nama sebenar), the Associated Dean of IMS called me. She said that the hospital bills has just came out. It’s nearly 50 thousand rupees. Ya Allah................
Polis dan Peguam
Since summon has been issued , and nenek tersebut sudah meninggal, masalah yang cukup besar sudah terasa di bahu ana. Keluarga mangsa membuat keputusan untuk membawa kes tersebut ke mahkamah. Dengan pertolongan Mr Chuda, a few actions have been done. Kami perlu berurusan dengan pihak polis as well as hiring a lawyer to help us to settle the case.

Balai Polis
The first thing to do here is to release the bike, bimbang jika terlambat, percaturan polis yang penuh dengan korupsi ini akan menyebabkan motosikal tu tidak boleh dikeluarkan daripada balai. Mr Chuda meminta ana memberikan 2000 rupees in order to release the bike.
Dua hari selepas itu, pegawai polis tersebut menelefon ana supaya datang semula ke balai untuk menuntut motsikal. Sangat cepat. Biasanya kes yang macam ni kalau nak tuntut balik motosikal bukan main lagi lambatnya. Curiga.
Serba salah untuk balik ke rumah. Malam itu barulah Akhi Anas, presiden Imam Bangalore jelaskan, dalam keadaan macam itu tidak menjadi masalah. Fuuh, lega sedikit rasanya. Kalau tidak, berganda-gandalah jadinya masalah ana. Kata Mr Chuda, di India ini semuanya akan berjalan lancar sekiranya 'poket tebal', baik terhadapautorikshaw driver, polis and even peguam. Ana iyakan saja kata-kata beliau.

Peguam dan Mahkamah
As the case has been taken to the court, Prof. Sutara arranged a lawyer for me. Mr Mahon namanya. Dialah yang telah menguruskan semua urusan keluar masuk mahkamah. Up till today, ana dah tiga kali ke mahkamah. Sepanjang hidup ana, di India inilah ana berpengalaman masuk ke dalam kandang pesalah, ditanya oleh peguam di hadapan hakim, dan duduk disebelah pesalah-pesalah lain sewaktu menunggu giliran dibicarakan. Sungguh perit rasanya. Rasa diri sendiri adalah pesalah seperti mereka. Tekanan jiwa dan mental yang sungguh hebat.
“Be brave and be strong my dear!” kata Mr. Chuda. Beliau memberitahu ana bahawa family nenek tersebut mungkin akan charge ana dalam 2.5 lakh. Terkejut besar ana waktu itu.
It will take nearly 3 years for me to settle it based on my allowance. Ya Rabb!

Susulan Kejadian
Ana berbincang tentang perkara ini dengan Associate Dean IMS dan juga seorang pegawai MSU dari Malaysia. Memang hajatnya hendak memaklumkan kepada kedutaan Malaysia yang berpengkalan di Chennai as well as informing my sponsor, tetapi niat ana dihalang oleh pegawai MSU terbabit. Beliau berpendapat bahawa perkara ini akan bertambah buruk jika sampai melibatkan orang di kedutaan dan pihak penaja. Mungkin scholarshipana akan ditarik balik, ujar beliau.
Jadi ana membisu sahaja. Lagipun tragedi seumpama ini baru pertama kali berlaku di IMS dan analah individu pertama yang terlibat. Mencipta sejarah lah katakan. Huhu. Oleh sebab itulah, seniors tidak tahu where to forward and how to deal dalam situasi macam ini kerana inilah yang pertama. Ana pula, hanya mengikut sahaja setiap saranan dan nasihat mereka.
Bilik Dekan, 15 lakh, dan 5 lakhs
Hari itu, lecture seperti biasa. Everything went well. Sampailah apabila ana diminta untuk berjumpa dengan Timbalan Dekan. Belau menyuruh ana supaya duduk di hadapannya. Perlahan ana tarik kerusi dan duduk berhadapan dengan beliau. Beliau terus memulakan bicara. Beliau kemudiannya menyatakan bahawa keluarga mangsa ingin memfailkan ganti rugi sebanyak 15 lakhs (approximately RM100,000) towards me. Allah! Terkejut besar ana dibuatnya. Senyap seketika. Hening. Hebatnya dugaan Allah terhadap ana. Ya Allah. Buntu. Dimanalah ana nak cari duit sebanyak itu?
Selepas itu, Timbalan Dekan menyatakan bahawa beliau telah berjaya memujuk suami kepada nenek tersebut agar menyelesaikan perkara ini di luar mahkamah dan drop out the case, tetapi, ana perlulah membayar pampasan kepada keluarga mangsa dengan jumlah 4 lakhs. Daripada dua angka turun ke satu angka, lega sebentar. Tapi, 4 lakh itu pun tidak termampu untuk ana memikulnya apatah lagi 15 lakhs. Dekan kemudian memberitahu bahawa beliau mahu kes ini diselesaikan di luar mahkamah kerana, sekiranya dipanjangkan ke mahkamah, passport ana akan dicop memandangkan ana ada terlibat dengan kes seupama ini di India. Jika perkara itu berlaku, kerjaya ana sebagai bakal doktor akan tergugat.
“But you will need to attend another 3 hearing in order for the court to close your case.”
Ayah ana mengurut dada apabila ana menceritakan perkara ini kepadanya. Beliau sedang cuba untuk mencari dana di Malaysia untuk menampung bayaran pampasan tersebut.
Jadi, kami bersetuju membayar sebanyak 4 lakhs kepada keluarga mangsa dengan bantuan partnership university of MSU di Bangalore ini mendahulukan pembayaran tersebut. Tetapi mereka cuma bersetuju untuk menangguhkan pembayaran balik kepada 3 months extension sahaja (tarikh akhir adalah dalam tempoh terdekat ini). Ini adalah kerana urusan audit akan dilangsungkan, kata Timbalan Dekan bagi pihak mereka. Kalaulah dipanjangkan sikit tempoh masanya, terbuka jugalah sedikit ruang untuk mencari ikhtiar.

Jumlah Yang Diperlukan
4lakhs duit pampasan dan approximately another 1 lakh for the medical bills. One night stay at ICU will be 10,000 rupees tak termasuk MRI + CT Scan + External Medicine. Jumlahnya menjadi lebih kurang 5 lakhs.

Usaha Mengumpul 5 lakhs ( Rs500,000 @ RM35,000 )
Pelbagai usaha telah ana lakukan dibantu oleh ikhwah dan akhawat di sini. Bermula dengan jualan nasi lemak yang diketuai oleh rakan usrah ana, akhi Fatah. Sambutan menggalakkan diperoleh daripada kalangan warga IMS di Bangalore ini. Jualan dijalan secara mingguan dan insyaAllah akan berterusan. Ana ada utarakan masalah ini kepada presiden batch, akhi Adli dan presiden batch-batch seniorsJazakallah khairkepada antum semua kerana memberikan sumbngan kepada ana.
Total sumbangan daripada batch ana adalah sebanyak 52,670 rupees + USD100, dan daripada batch 2008 adalah sebanyak 17,760 rupees. Kutipan sumbangan juga diadakan semasa hari pilihanraya IMSA untuk memilih wakil-wakil pelajar baru.
Pillihanraya tersebut dihadiri oleh rata-rata warga IMS. Alhamdulillah, kutipan yang diperoleh semasa hari berkenaan adalah sebanyak 13,000 rupees + RM50. Ana sangat-sangat menghargainya. Kemudian, dengan nasihat daripada akhi Farid; naqib usrah ana, kami menubuhkan satu team bagi sama-sama membantu meringankan beban ana dalam mencari sumbangan. Dalam team ini, kami berdiskusi mengenai metodologi dalam mengumpul dana dan blog ini adalah salah satu daripada hasilnya.
Ana juga mengambil keputusan untuk menjual motosikal ana kepada seorang sahabat dengan pembayaran secara ansuran. Wakil daripada Malaysian Student Association (MSA) juga telah memberi sumbangan sebanyak10,000 rupees. sumbangan juga akan dipohon daripada ISMA Malaysia melalui Islamic Youth Association dan sekarang ini kami sedang berusaha meminta sumbangan daripada ikhwah kita di India.
Jumlah sumbangan BERSIH setakat ini: Rs190,000
Jumlah yang masih diperlukan: Rs310 000
Bantuan dan sumbangan dalam meringankan beban yang ditanggung ini tidak mungkin mampu untuk ana membalasnya, ana doakan agar segala jasa kalian dibalas dengan kasih sayang-Nya yang tidak terjangkau pun di fikiran kita.


0 kata-kata mereka:

Post a Comment

|i follow|