CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 24, 2012

18 weeks

Alhamdulillahhhhh. Kandungan dh berusia 18 minggu. Semalam, jumaat masa tengah tunggu hubby dalam kete first time rasa tendangan baby. Hari ni pn dh berkali rasa. :-)
Semalam nak g scan tapi klinik tutup lak. Ada hikmah jgk klinik tutup, x payah dr laki nk tengok perut sy. Maluu. Huhu. So, skrg x tau lagi anak ini boy ke girl. Tp su ada cakap ntah2 boy sebab fatin, anak dia gedik sangat bila main ngan aku. Senyum pn mengada2.
Dear baby, keep growing n stay healthy.

Monday, October 1, 2012

Tiada tajuk

Semasa entry ini ditaip, di lobi hotel ms garden kuantan sy terpaksa menunggu encik suami selama 1 jam. Lama tuu. :pengsan:
Sy ditinggalkan di bilik manakala suami pagi2 dh keluar pegi gambang untuk audit kilang sawit kat sane. Gambanggg, teringat zaman matrikulasi dulu. Time flies too fast. Rasa macam baru tahun lepas duk matrik.
Hmmmmm, alhamdulillah kami bakal dikurniakan junior. Syukur.
Masa dapat tau hari tu hati ni berbelah bagi. Suka duka semua ada. Bila call bunda ckp positif bunda pn bg komen positif ada perasaan sedikit lega di situ. Berduka sebab sekarang tgh final year bertungkus lumus menyiapkan thesis.
Kedukaan semakin reda lepas jumpa supervisor then dr cakap awk siapkan lab untuk first sem pastu penulisan awk fokus pada sem dua. Leganya hati bila dengar dr ckp mcm tu. Terima kasih dr. Anuar. :-)
Last week admitted kat hospital lipis. First timeeee! Demimu anak, ummi rela kena cucuk jarum hari-hari. Now, aku ngerti perasaan seorg ibu yg berkorban untuk anak mereka. I luv u mum!


Friday, August 31, 2012

rezeki


say no to high heels
say no to junk foods



Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan kareem

Pengalaman ramadhan setiap tahun berbeza sejak lepas spm. Bermula dengan puasa kat matrik, kat u, dgn rumet yg berbeza setiap tahun dan kali ni puasa dengan pasangan hidup dunia akhiratku aka encik suami.
Totally different. Kalau sblm ni suka hati je xnak bangun sahur tp tahun ni nak ke xnak,puasa ke x puasa tetap kena bangun. Alhamdulillah, puasa ni tgh cuti sem. Xde la nk kena tinggal suami sorg2. So far, hr ni dh ramadhan ke 4, aku masih lagi bertahan jadi masterchef untuk my luvly hubby, masih lg belum menjejakkan kaki ke bazar ramadhan. Semoga terus bertahan untuk jadi masterchef. Huhu


Monday, July 16, 2012

Kosong

Wajah kerinduan hamba datang ke rumah.

Makanan kerinduan hamba



Sunday, July 1, 2012

2 bulan

ini adalah entri ke 3 selepas 2 bulan kawin.
baru lepas final exam. tengah bersedia untuk praktikal. sibuk mencari supervisor thesis.
baru seminggu betul2 ada kat umah enck suami. sebelum ni macam chipsmore. huhu. nama pun PJJ.
rutin sepanjang 2 bulan ni, weekdays aku jadi student,weekend jadi housewife. tapi pantang xde kelas untuk 2 hari weekdays pun aku terbang ke rumah encik suami. tempat seorang isteri adalah disisi suami. hekhek~
perubahan fizikal,pipi semakin naik menggunung. badan semakin cekeding.

esok 2 julai. esok dah start praktikal. glurpppp~

buku log. pegawai yang dihubungi adalah suami sendiri. boleh ke tulis camtu? huhu

Monday, May 14, 2012

alhamdulillah

ini adalah entry lebih gambar. sekian


nk signnnn :p
sedar-sedar dah sah jadi isteri orang.huhu


kawan-kawan lepak time balik kampung


they are my only one!
:)


org kuat majlis. tanpa mereka ku x dapat bayangkan apa jadi.

OP suh tunjuk pantai~

touch up sikett~

Saturday, May 12, 2012

28 april 2012

status bertukar (:
alhamdulilah aku kini bergelar isteri kepada MUHAMAD ZUKI ABDUL KADIR.
semoga kami dipelihara hingga ke syurga, dikurniakan zuriat yg soleh & solehah. aminn


: esok baru dapat gambar dari OP:

Wednesday, April 18, 2012

haku xde mood nk update belog sebab bz siapkan wedding preparation. lepas kawen baru nak update. xde dupdapdupdap lg. tata!






Wednesday, March 28, 2012

sebulan

28 april. lagi sebulan dari tempoh entry ini ditaip.
1 tarikh yang bakal mengukir sejarah indah dalam hidup aku.
alhamdulillah,tarikh majlis wedding kami dah ditetapkan. yeayyyyyyyyyyyyyyyyyy,nak kawen! :)
kenduri rumah pompuan pada 28 april umah laki 30 april. memandangkan rumah kami x berapa jauh,dalam 2 jam kot dh boleh sampai,majlis sambut menantu x yah nk buat lambat-lambat.

hanya SEBULAN je lagi, dan barang-barang keperluan untuk majlis belum siap apa-apa. kad kahwin baru g tempah semalam,isnin. sebab nk cepat aku pilih untuk urgent charge. seminggu dah siap and budak kedai tu cakap yg sebelum ni 4 hari pn ada dah siap.

hiv test kena booking dulu. tadi g klinik sentul then dapat tarikh 18 april. esok nk try g hkl mane taw kot-kot dapat tarikh lagi cepat. esk juga nk call klinik kesihatan berhampiran rumah aku memandangkan ade cuti mid term, 2 minggu aku mau pulang untuk setelkan borang-borang berkaitan.

life sekarang agak kucar kacir, tapi xde la aku stress tahap gaban. naik cuti nanti mungkin la sebab ada exam mid term 3 paper.

sekarang aku makin pelupaaaaaaaaaa! semalam g tempah kad then budak tu cakap esok dia nk email kad nk suh tgk ada salah ke x, then hari ni aku langsung x ingat nk cek email. lepas incik tunang msg cakap kedai dh email kad kawen then masa tu baru terhegeh-hegeh aku nk ingat. lepas tu lupa balik. boleh plak g sana sini dulu pastu baru ingat nk cek email. haishhhhhhhhhhhhh! nak msg akak dkt rumah suh  tolong amik borang nikah pn aku lupa. padahal sebelum tu cakap ngan bunda then dia pesan 'msg la kak eni suh dia bawak balik borang' then aku cakap,haa ok2. lepas ni msg. padahal x msg pn sebab x ingat nk msg. huh!

to do list (kl)

1. hiv test
2. bekas & barang hantaran
3. bunga telur & paper bag untuk tetamu

to do list (kt)
1. baju nikah
2. borang permohonan kahwin
3. pelamin,dan rakan seperjuangannya

setakat ini itu aje to do list dalam kepala hotak aku. =) 

Saturday, March 10, 2012

printed bawal for sale

dear readers,
tudung bawal printed untuk dijual. ready stock
rm20 include postage. murah kannnnnn.
c.o.d : area kg.baru kl
terhangat di pasaran tudung ini.
pls refer to my fb

















Saturday, February 18, 2012

tata rumah manis.

memandangkan sekarang sudah menghampiri 20 febuari, masing-masing budak u sebok nak start belajar balik. kecuali uitm,dorang start awal bulan 3. ini bermakna aku akan meninggalkan rumah ini untuk 2 bulan. kembali pulang pada april,cuti mid sem. yeay!
sebulan bercuti. cuti semester yang pendek dan banyak benda berlaku yang sangat terkesan di hati ini. status bertukar dan bakal bertukar lagi. :)
13th feb. our 4th ani. dan sememangnya aku seorang pelupa dan sering terlupa, x wish pn hepi ani kat mr.f.
19th feb akan pulang ke tempat mengasah otak tempat suka duka uni life. sememangnya aku tidak suka akan uni life. kenapa? biarlah duka itu aku simpan sorang-sorang.
20th feb class bermula,dah dapat jadual untuk 1 sem. aku punya fakulti sememangnya pelik dari fakulti orang lain bcos jadual kami tiap2 hari berubah dan kami dibekalkan jadual untuk satu semester. pelik tapi benar. itulah fakulti sains kesihatan ukm.
aku juga bakal merindui suasana bising di rumah dengan jeritan-jeritan aku thadap adik-adik lelaki aku yang masih belum baligh! :)

oh,mr.f nk amik cuti untuk datang kl. yeay! :dancing: sebelum bertukar status amatlah pelik jika dia amik cuti untuk datang kl. rasanya x penah kot. kami pjj danh hanya berjumpa jika dia ada meeting @ kursus di sekitar kl sahaja. sadisss.
:luahan hati pada setiap hujung cuti semester.:

 balik kl x sabar nk jumpa gegurl ni. mama dia cakap dh boleh meniarap.

my youngest bro. i will miss u adik!

Monday, February 6, 2012

a journey to golok,thailand.

tajuk macam hebat je. padahal x hebat mana ponnn. pergi sana naik sampan je. dengan bangganya kami masuk thailand secara harammmm.
x plan pon nk pergi sane, tetiba abah cakap lepas kenduri kita g golok. haaa???
sebelum tu g kenduri kat kota bharu, kakak my bff kawen. tahniahhh kak longgg.
sume yang pompuan-pompuan ni pergi pakai baju kurunggg. dari tempat kenduri kan, kiteorang pn memang x plan nk g jalan-jalan. macam ramai je pompuannn,padahal hanya ada aku,my sis n mum je.
i've been there ten years ago. masa tu my bro no 4 umur setahun lebih n now, he's 12 yrs old.
sampai golok pukul 3 then jalan-jalan jap balik pukul 5 lebih. since kiteorang memang x tukar duit thai, rasa macam rugi plak. mum macam biasa mesti beli pekakas dapur sebab kat sana jauh lebih murah.




Thursday, January 26, 2012

entry banyak gambar.

 1. dorang baru sampai.

 2. orang-orang kuat majlis. big thanks to them.
 3. future MIL & niece
 4. mood senyum maseh berkobar-kobar

 5.si kurus & x berapa nk kurus. :p

 6. ^_^

 7.tukar posisi

8. my mua,my planner

Tuesday, January 10, 2012

macam.macam

hurmmm hurmmmmmm. hormone dalam badan x stabil.
pestime sepanjang 23 tahun bangun study pukul 430 pagi untuk cover tajuk yang x habis baca lagi,then 830 pagi ade exam. eh,23? ohhhhh, dah bole kawen. hekhek
mau tersengguk-sengguk dalam exam hall pukul 9 lebih. otak pun x berapa nk function sangat sebab changes of biological clock. dush dush. memang juling mata nak habiskan 10 esei dalam masa 2 jam.
kesan bangun awal-awal pagi tido dari tengahari sampai nk habis zuhur, nasib baik sempat. huhh
sekarang hormone x berapa nak stabil lagi. macam-macam silly things aku buat. xtau hormone ape mencanak naik sangat dalam badan aku. nahhh,hasil tido lelama and bangun awal. uncontrol act.
 



lepas habis exam tadi g survey bunga telur kat chow kit. xtau pulak kat situ murah harga dia. duk gugel gugel semalam jumpa dalam forum cari ade akak ni share. dia compare harga bunga telur beli kat chow kit, semua house n nilai 3. ternyata chow kit juara. kat kedai tu pn sediakan khidmat gubah hantaran,free je tapi kena beli barang-barang dari kedai dorang la. if nk beli bakul ke bekas nak letak hantaran dorang volunteer ajar kita camane nak gubah bekas tu. ok la kan. hemmm, x perlu aku susah-susah g semua house dah lepas ni. bekas hantaran dia pon lagi murah daripada sin yin (kedai kat semua house ). tapi ade benda jugak yang mahal dari sin yin. yang aku tanya tadi renda and gabus untuk buat pomander ball kat sin yin lagi murah. tadi survey harga bunga telur and paper bag. paling murah 30sen/ piece. paper bag dia pn ok jugak. box untuk letak gift pn murah. yang boleh muat letak mug. 40sen/piece. then call mummy,and she said. ok. beli je.amoi,tunggu saya datang next week yer. ^_^

Saturday, January 7, 2012

donut oh donut.

tetiba bgn hri ni ngidam nk makan donut. terus update status misi sabtuday ngidam donut. :D
then,ape lagi. mcm x biasa je. ehsan pakcik gugel dpt la buat donut yg x seberapa cantik mcm j.co @ big apple @ dunkin tp yang penting haku boley makan donut. tp donut dorang xde lubang2 donut aku ade. donut lubang2 lagi hebat. hehe. ok,dh grad nanti aku nk jadi toke jual kuih. kuih donut!

saje je nak share resepi. senang sebab guna sukatan sudu dan cawan. ini adunan untuk orang bujang la.
oke :
2 sudu kecil yis (mauripan) + air suam 1/2 cawan + 2 sudu gula. then kacau bagi sebati sume tu letak tepi dulu.
benda-benda kering aku guna 2 cawan tepung gandum + secubit baking powder + 2 sudu susu tepung + 2 sudu planta. then gaul pahtu tambah air yis td. air tu aku letak sikit-sikit sebab takut doh jadi lembik if letak sume air sekaligus. then biar doh selama 15minit selepas sebati. lepas tu dah boleh start buat bulat-bulat. lubang tengah tu aku buat guna tudung air mineral. tekap tudung atas doh kecik-kecik td. then,sedia untuk digoreng.

 siappppppppppppppp. :)












  • oh oh oh, lagi 15 hari. dupdapdupdap. baju x beli lagi,bunga telur + paper beg + gubahan sume x setel lagi. gulpppp